.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

.



Isnin, 28 Jun 2010

Hidup tidak seindah impian....





Berkasih bagai di awan-awangan, berkahwin sekejap cuma
Setelah menyulam kasih selama hampir 5tahun, Maria dan Arshad (semestinya bukan nama sebenar) berasa yakin untuk membina rumahtangga seperti yang diimpikan. Dengan kemeriahan majlis perkahwinan yang tiada kurangnya, mereka yakin mereka merupakan pasangan yang ideal dan akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, panas diharap hingga ke petang, rupanya hujan lebat mencurah di tengah hari. Begitulah yang berlaku dalam alam perkahwinan Maria dan Arshad.
Sebelum berkahwin, masing-masing tidak nampak kekurangan diri pasangan (which is sepatutnya kita menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita..) yang akhirnya membawa kepada pertengkaran yang berlanjutan. Keadaan Arshad yang sebenarnya seorang ‘gay’ nyata menyebabkan Maria sering makan hati. Tidak disangka kekasih hati yang selama ini nampak gagah di mata beliau, gentleman, penyayang, sebenarnya mempunyai nafsu biseksual yang langsung tidak terduga oleh beliau.
Bagaimana penerimaan kita jika mengalami keadaan sebegitu::
Hati siapa yang tidak perit, perasaan siapa yang mampu bertahan… Kehadiran diri umpama air garam yang amat berguna untuk menghilangkan bau hanyir ikan… Tapi kita kena sedar, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang mungkin kita tidak nampak sekarang!
Apa yang patut kita lakukan jika terjadi perkara sebegini::
Paling penting adalah jangan cepat melatah! Dalam keadaan yang tenang dan waras, berbincanglah dari hati ke hati dengan pasangan… Saya faham, bisanya mengcengkam hingga ke tulang… Tapi tanamkan sifat positif dalam diri, bahawa apa yang  terjadi tidak akan memusnahkan hidupku secara total! Yakinkan diri dan berjumpalah dengan mereka yang lebih arif
(sila luaskan skop kejadian itu…)
Siapakah pula yang harus dipersalahkan::
Saya sarankan jangan sesekali melancarkan perang dingin atau perang dunia ketiga! Benar, bila kita rasa kita di pihak yang benar, tentulah pasangan kita itu di pihak yang salah.. (aduhh senang betul theory ini! huhu)… Tapi ingat, jangan terus menunding jari kepada pasangan, takut2 terkena batang hidup sendiri pula Dapatkanlah gambaran/situasi yang sebenarnya terlebih dahulu.. Mungkin ada orang di luar sana yang mungkin tidak puas hati/dengki dengan kita.. Siapa tahu kan…
Anda ada cadangan atau tambahan pendapat tentang topic ini? Sila kongsikan bersama-sama agar kita akan meleyari bahtera kehidupan kita dengan lebih bahagia dan semoga impian yang diharapkan kekal agung setinggi gunung, kekal segar seluas lautan…
Kudambakan hidup seindah impian
Dibatasi sepi dibayangi rindu
Kerna kasih akan kuperjuangkan
Walau badai datang meluru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan